Biarpun lebih 12 tahun selepas menjadi pra-remaja darjah 6, kenangannya tetap segar dan bila flashback balik, perasaan nak jadi darjah enam semula tu, selalu juga timbul.Aishh.
Cumanya, kembali ke darjah 6 tu ada sikit yang tak berapa nak bestnya,itupon sebab ada kena bangun pagi, ada UPSR,ada PAFA,ada peperiksaan MUIS dan kena sakit cikenpox.Part PAFA tu berat sikit, sebab sampai tingkatan 5 pon ada.lg haru.
Lain-lain semua cemerlang,terima kasih kepada abang saya, kalau malas pegi sekolah, claim sakit,surat cuti dalam laci tu cukup-cukup untuk sampai ujung tahun. Usaha sikit je nak ubah tulisan dan ingat tarikh cuti.
Kalau datang awal pagi-pagi, sempat pegi maen bola,tapi selalunya memang tak sempat. Sampai sekolah pon lepas perhimpunan. Stret masuk kelas lah. Dalam kelas, baru buat 2 3 latih tubi,tup tup dan rehat. Perghh.
Tengah hari sebelum sekolah agama,lepak kat masjid,orang sembahyang zuhur kita prektis skill gelecek kat halaman masjid, nak ganti Dollah Salleh la katekan. Petang sebelum balik umah maen bola lagi,rematch balik match lepas sembahyang asar. Seluar agama warna putih tu, kalau tak koyak kat lutut,warna hijau kesan jatuh kat rumput.
Darjah 5, 6,lesen keluar ke bandar jalan sendiri dah mula-mula nak approved. Lepas kelas tambahan, ramai-ramai pergi bandar, tak pergi maen kereta Tamiya, tak pun lepak minum kt Cincau. Kena 2 3 gelas dah kembung perut ah tu.Kalau tak ada kelas tambahan,jadikan ada. Tak dewasa la hari sabtu tengok katun kat umah.Bapak tak bagi duit,mintak kat akak.akak tak bagi kak,mintak kt bapak balik.ape susah hehe. Cakap nak beli buku,tapi beli spare-part kereta Dash Yonkuro. Besar-besar tak sampai hati pulak nak tahu pasal enjin kereta.Erm...
Dah abes idea maen bola,abes duit bikin kereta Tamiya, tup-tup cikgu ajak pergi berkhemah 3 hari 2 malam. Keputusan join pengakap tahun sebelum tu memang tepat. Tak pikir panjang terus antar borang mintak masuk. 1st time pegi camping ni, gelabah jugak. Seminggu sebelum tu dah packing. Bateri torchlight standby 3 set. Set-set makanan ringan dah sedia. Dah rancang awal ngan kawan-kawan malam camping nak buat apa. Waktu tu, benda paling menakutkan kalau camping kene cancel. Cikgu-cikgu ni kadang-kadang tak leh pecaya jugak.Kalau cancel,memang muktamad, memang mogok stret 3 hari cuti lah.
hehe.Sayang. Darjah 6 tu setahun je. Kalau tahun depan boleh jadi darjah 6 dan ada gaji macam sekarang ni agak-agak korang nak tak?